Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

Laporan Aktiviti Kelab P.O.G 2015

* Untuk cerita penuh, sila klik pautan pada tarikh aktiviti.

6-10 JANUARI - Menghantar 3 orang wakil menyertai misi bantuan sukarelawan STATS Relief dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan pasca banjir khususnya di rumah anggota-anggota Jabatan yang terjejas teruk akibat banjir di Kelantan.

30 MAC - Menghantar 4 orang pemain mewakili pasukan bolasepak Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (Statistik Selangor FC) dalam perlawanan bolasepak persahabatan menentang Ibu Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya (Statistik FC) bertempat di Stadium Panasonic, Kompleks Sukan Negara, Sek.21 Shah Alam.

16 MEI - 4 orang anggota POG telah terpilih untuk mewakili JP Selangor dalam acara bolasepak 9-sebelah dan bola tampar dalam Mini Karnival Sukan 4 Penjuru di Pusat Latihan Inspen, Bangi.

17 JUN - Menganjurkankan Majlis Ceramah Agama sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak. Ceramah tersebut disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Mohd Zuhdi Bin Mat Piah (Imam 1 Masjid Bandar Tasik Puteri).

11 JULAI - Mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama anggota POG seisi keluarga bertempat di pejabat POG.

14 OGOS - Mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di POG dan majlis perpisahan untuk Puan Yusnida bt Yusoff, yang kembali bertukar suka sama suka 3 penjuru ke ibu pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, Shah Alam mulai 17 Ogos 2015.

3-6 SEPTEMBER - Sukan Antara Zon (SAZ) ke-11 Jabatan Perangkaan Malaysia yang dianjurkan oleh Zon Timur dengan kerjasama JP Pahang, telah diadakan di Kuantan, Pahang Darul Makmur. Seramai 9 anggota POG telah terpilih untuk mewakili pasukan Zon Tengah dalam berbagai acara.

17 OKTOBERJabatan Perangkaan Malaysia melalui Persatuan dan Kesatuan (PPJPM, PPPPJPM dan KEPSTAT) sekali lagi telah menganjurkan Program Larian Statistik (StatsRun) 2015 bersempena dengan Sambutan Hari Statistik Sedunia 2015. 18 orang anggota POG berkesempatan menyertai kontinjen JP Selangor dalam acara tersebut..


HAL-HAL LAIN
  • Sumbangan kelahiran anak keempat En. Azeman bin Shaari (Januari), anak ketiga En. Wan Ahmad Faizal bin Wan Ibrahim (Februari), anak kedua En. Abdul Rahim bin Shaharuddin (Mac) dan  anak kedua Puan Nur Hidayu bt Md Shukor (April).
  • Sumbangan perkahwinan Puan Hazwani bt Abdullah.
  • Sumbangan majlis perpisahan Puan Yusnida bt Yusoff.
  • Sumbangan kematian ahli keluarga kepada En. Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab yang kehilangan bapa. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Mengadakan majlis sambutan hari lahir dan jamuan makan yang diadakan secara suku tahunan.
  • Mengadakan majlis bacaan Yaasiin serta tazkirah pada setiap Jumaat minggu pertama setiap bulan.
  • Mengadakan majlis ceramah agama sempena peristiwa-peristiwa penting dalam kalendar Hijrah seperti Maulidur Rasul, kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak, Israk Mikraj dsb.
  • Kelab POG juga telah mengadakan papan kenyataan sudut aktiviti kelab di pejabat untuk memaparkan segala aktiviti kelab.
  • Menjalankan aktiviti sukan seperti badminton dan futsal sesama anggota POG yang berkelapangan antara 2-3 kali sebulan.
  • Mewujudkan tabung kecemasan untuk ahli kelab.
  • Bagi menambahkan tabung kewangan kelab, beberapa aktiviti dijalankan seperti jualan kertas dan barang terpakai.

  • Sekian dilaporkan.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.