Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

Laporan Aktiviti Kelab P.O.G 2017

* Untuk cerita penuh, sila klik pautan yang berkenaan.

6 JANUARIMajlis Persaraan En. Ahmad Rahimi b. Abdullah dan Perpisahan En. Muhamad Faizal b. Noorsham.

3 MAC - Ceramah Penjagaan Kesihatan oleh penceramah dari Felda Wellness Corporation.

2 APRIL - Kejohanan Boling Tertutup POG di Selayang Mall.

17 JUN - Majlis Berbuka Puasa di pejabat POG.

20 JUN - Menyertai program Majlis Khatam Al-Quran, Bacaan Tahlil, Penyampaian Sumbangan kepada warga Jabatan yang memerlukan & Berbuka Puasa bertempat di Aras LG, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam

15 JULAI - Menyertai Sukan DOSM Selangor (SUKPES) 2017 bertempat di Kompleks Sukan SUK, Dewan Bolatampar Seksyen 19 & Pusat Boling Ole-Ole, Shah Alam, Selangor.

21 JULAI - Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.

29 JULAI - Menyertai Kejohanan Mini Sukan Zon Tengah di Pusat Sukan Universiti Malaya, KL.

28-30 SEPTEMBER - Menyertai Kejohanan Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2017 kali ke-12,yang merupakan penjenamaan semula Sukan Antara Zon (SAZ), bertempat di Pusat Latihan Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kajang.

21 OKTOBER - Menyertai acara dwitahunan Stats Asean Run 2017 di Dataran Putrajaya bagi meraikan Hari Statistik Negara yang disambut pada 20 Oktober setiap tahun.

18-19 NOVEMBER - Hari Keluarga POG di Akar Beach Resort, Port Dickson.


 
HAL-HAL LAIN


  • Sumbangan kelahiran anak ketiga Puan Siti Fatimah binti Ahmad (Februari), anak keduEn. Mohd Afiq Aizzuddin b. Wahab (Mac), anak kedua Puan Emily Singa (Mei) dan anak ketujuh En. Mohamad Bazri bin Abu Bakar (Ogos).
  • Sumbangan Majlis Persaraan En. Ahmad Rahimi b. Abdullah dan Perpisahan En. Muhamad Faizal b. Noorsham.
  • Sumbangan kematian ahli keluarga kepada Puan Azureen bt  Mohd Sirojuddin yang kehilangan bapa, serta kepada Mohd Afiq Aizzuddin b. Wahab yang juga kematian bapa
  • Mengadakan majlis sambutan hari lahir dan jamuan makan yang diadakan secara suku tahunan.
  • Mengadakan majlis bacaan Yaasin serta tazkirah pada setiap Jumaat minggu pertama setiap bulan.
  • Mengadakan majlis ceramah agama sempena peristiwa-peristiwa penting dalam kalendar Hijrah seperti Maulidur Rasul, kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak, Israk Mikraj dsb.
  • Kelab POG juga telah mengadakan papan kenyataan sudut aktiviti kelab di pejabat untuk memaparkan segala aktiviti kelab.
  • Menjalankan aktiviti Fit Dosm setiap bulan.
  • Menjalankan aktiviti sukan seperti badminton dan futsal sesama anggota POG yang berkelapangan antara 2-3 kali sebulan.
  • Mewujudkan tabung kecemasan untuk kemudahan ahli kelab.
  • Bagi menambahkan tabung kewangan kelab, beberapa aktiviti dijalankan seperti jualan kertas dan barangan terpakai.

  • Sekian dilaporkan.


 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.