Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

Tentang Kami

Laman blog ini adalah mengenai segala aktiviti Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial Pejabat Operasi Gombak (K-POG), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor. Turut dilaporkan aktiviti dan peristiwa yang berlaku di P.O Gombak.

Kelab ini bernaung di bawah Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial, Jabatan Perangkaan Malaysia  Negeri Selangor (KSKS).

K-POG diwujudkan untuk mengatur program dan aktiviti untuk kebaikan ahli seperti :

~ mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli dan keluarga ahli.
~ mewujudkan semangat kerjasama dalam satu pasukan dan menyatupadukan warga Jabatan.
~ mengendalikan hal-hal kebajikan ahli seperti perkahwinan, kelahiran, kematian & majlis perpisahan.
~ melahirkan anggota Jabatan yang sihat, produktif dan berwawasan.
~ merehatkan minda dari bebanan tugas seharian di pejabat.
~ dan banyak lagi...

Jawatankuasa yang dilantik juga telah berusaha keras sedaya upaya untuk merancang dan menjayakan beberapa program yang telah mendapat sambutan menggalakkan daripada ahli kelab.


INFO JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA, PEJABAT OPERASI GOMBAK :

Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department of Statistics, Malaysia (DOSM) merupakan antara agensi utama kerajaan di bawah Kementerian Ekonomi yang diamanah dan dipertanggungjawabkan untuk memungut, mentafsir serta menyebar data rasmi negara yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.

- Ibu Pejabat DOSM terletak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, juga mempunyai pejabat cawangan di setiap negeri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri, Pejabat-pejabat Operasi telah diwujudkan di beberapa buah negeri.


- Di DOSM Negeri Selangor, Pejabat Operasi Kajang (POK) dan Pejabat Operasi Gombak (POG) telah diwujudkan pada tahun 2008.

- Bagi POG, kawasan operasinya adalah meliputi keseluruhan daerah Gombak dan Hulu Selangor.

- Ia mula ditempatkan di Wisma HR, Jalan Pusat BCH 1/1,Bandar Country Homes, Rawang pada 1 Ogos 2008.

- Pada 22 April 2009, dirasmikan oleh  Ketua Perangkawan Malaysia ketika itu, Dato' Hajjah Wan Ramlah bt Wan Abd. Raof.

- Mulai bulan September 2012, Pejabat kami berpindah ke Pusat Perniagaan Reef, Rawang (berdekatan Pasaraya Lotus Rawang).

- Pejabat baharu ini dirasmikan oleh Ketua Perangkawan ketika itu, Y.Bhg. Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hasan pada 10 Disember 2012.


Alamat:
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor,
Pejabat Operasi Gombak,
No. C1, Jalan Reef 1/2,
Pusat Perniagaan Reef,
48000 Rawang, Selangor.

Tel : 03 - 6093 2050/ 2051 / 2052
Faks : 03 - 6093 2044 / 2043


Ketua Pejabat Operasi:

En. Anas bin Aminuddin (17 Mac 2008 -  1 Ogos 2008)

En. Mohd Rosli Bin Mahmood ( 13 Oktober 2008 - 26 April 2013)

En. Frankie anak Albert Antau (29 April 2013 - 31 Oktober 2023)

Puan Jay Purani a/p Arumugam (1 November 2023 - sekarang)





 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.