Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

Laporan Aktiviti Kelab P.O.G 2016

* Untuk cerita penuh, sila klik pautan pada tarikh aktiviti.

14 JANUARI - Majlis Perpisahan En. Azizol bin Harun.

26 MAC - Menganjurkan Hari Keluarga POG bertempat di The Nahara, Kalumpang, Hulu Selangor.

29 JULAI - Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.

13 OGOS - Kejohanan Futsal Tertutup Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, telah dianjurkan oleh KPOG bertempat di KSL Sport Futsal, Taman Seri Gombak, Batu Caves. POG Juara lagi!!!

11 NOVEMBER - Program Malam Perangkaan 2016 bertempat di Dewan Orkid, Wisma PKPS, Shah Alam. Beberapa anggota POG (termasuk anggota PSH) sempat menghadirkan diri dan membuat persembahan.


 
HAL-HAL LAIN
  • Sumbangan kelahiran anak ketiga Puan Ainun Saadah binti Abd Rahim (Januari), anak kedua Puan Azureen binti Mohd Sirojuddin (April), anak ketiga En.Mohd Fadzly b. Mohd Noor (Mei), anak kedua Puan Che Norfairos binti Che Omar (Julai), anak ketiga En. Abdul Rahim bin Shaharuddin (Ogos), anak kedua Puan Raiham bt Abdullah (Ogos), anak ketiga Puan Husna bt Khiri (Ogos) dan juga anak kembar keempat dan kelima En. Wan Ahmad Faizal bin Wan Ibrahim (Oktober). Begitulah meriahnya POG dengan kelahiran cahaya mata tahun ini.
  • Sumbangan majlis perpisahan En. Azizol bin Harun dan Puan Raiham bt Abdullah (September).
  • Sumbangan kematian ahli keluarga kepada En. Frankie anak Albert Antau yang kehilangan ibu
  • Mengadakan majlis sambutan hari lahir dan jamuan makan yang diadakan secara suku tahunan.
  • Mengadakan majlis bacaan Yaasiin serta tazkirah pada setiap Jumaat minggu pertama setiap bulan.
  • Mengadakan majlis ceramah agama sempena peristiwa-peristiwa penting dalam kalendar Hijrah seperti Maulidur Rasul, kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak, Israk Mikraj dsb.
  • Kelab POG juga telah mengadakan papan kenyataan sudut aktiviti kelab di pejabat untuk memaparkan segala aktiviti kelab.
  • Menjalankan aktiviti sukan seperti badminton dan futsal sesama anggota POG yang berkelapangan antara 2-3 kali sebulan.
  • Mewujudkan tabung kecemasan untuk ahli kelab.
  • Bagi menambahkan tabung kewangan kelab, beberapa aktiviti dijalankan seperti jualan kertas dan barangan terpakai.

  • Sekian dilaporkan.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.